Sunday, July 25, 2010

Life Management by Dad

Today as usual I sent Dad to Sg. Besi station,
on the way there, we saw one of our neighbour by pass us.
Awsome car he drove.

******

Saya bertanya kepada Papa,
How much do you think he's salary Pa?
20K permonth?
Pa: Maybe more. Boleh pergi ke 100K sebulan.
Saya berkata 'Wow!' (seakan-akan tidak percaya)
Me: really?
Pa: Yeah. Tengokla apa kerja dia.

- Saya diam seketika sambil memikirkan didalam hati ingin tukarcourse -

Papa memceah kesunyian dengan mula bercerita tentang kehidupan saya.

Saya pernah tanya papa,
"Abah, nanti dah habis belajar,
nak sambung belajar ke nak kerja?"

Papa mula bercerita tentang dirinya ketika zaman belajar dahulu,
sambil menyelitkan cerita tentang persoalan yang saya ajukan kepadanya beberapa hari lepas.

******

Papa menasihatkan saya untuk kerja dahulu,
memanglah sijil itu penting untuk masa depan katanya,
tapi belajar boleh sambung bila-bila sahaja.
Lagi-lagi zaman sekarang,
Open University kan ada,
nak belajar selagi kita larat & mahu belajar pun boleh. Ujar Papa

Papa menasihatkan saya berkerja dahulu,
agar saya boleh mencari pengalaman,
& sedikit sebanyak boleh menjadikan modal untuk
saya meneruskan apa yang saya kehendaki
didalam hidup saya untuk masa akan datang.

Papa menasihatkan saya agar tidak memikirkan untuk 'makan gaji'.
Malah, menyeru saya agar tidak bergantung kepada gaji &
memikirkan untuk memberi gaji.

That's how they made it! kata papa.

Papa juga sering menekankan tentang
perkataan "Life Management".
Hampir setiap kali bercerita ,
Papa mesti berkata tentang perkara tersebut.

Antara sebab lain papa meminta saya berkerja dahulu pun
adalah kerana papa ingin mengajar saya
tentang cara-cara untuk menguruskan kehidupan saya sendiri.

Sebelum tiba di Stesen Sg. Besi,
Papa sempat bercerita tentang kereta.
Papa kata dia tidak mahu lagi berhutang,
sebab itu lah dia tidak jadi untuk menukarkan
KembaRa kepada SaGa.
Lagipun harga SaGa dah mahal tambahnya lagi.

Kalau takat nak bayar maintenance kereta,
boleh lagi dengan gaji yang sedia ada.
tapi kalau nak hutang untuk kereta baru,
itu yang papa tidak mahu.

*******

Papa pernah berpesan kepada abang saya & saya,

"Kalau nak tengok kita ni kaya ke tak,
berhenti berkerja hari ini,
& tengok berapa lama kita boleh hidup
dengan duit yang kita ada"

******

Tiba di Stesen Sg. Besi,
saya mencium tangannya & dia berpesan agar
saya menjual besi buruk yang ada di dalam kereta itu =.='


Berikut adalah salah sebuah laman sesawang
yang menceritakan tentang Life Management :

Terima kasih Pa. You teach me a lot of things in my life.
*Best bercerita dgn papa
kerana dia tidak pernah cerita pasal kawen
bila saya berangan cerita pasal masa depan saya.
Tapi bila dgn mama?haha.

"O.K. la, kerja dulu cari duit, bagi stable,
lepas tu kang boleh pikir pasal kawen" - Mom

*******

"I can smell my success in the future,
but sometimes I can also smell my failure."
ayoyo!